FAQ - Soalan Lazim
Adakah pembelian saya mempunyai warranty (jaminan)?
Kami membuat jaminan untuk pengantaran. Jika barangan yang sampai kepada anda mempunyai masalah seperti lens pecah/ bingkai patah, kami akan menggantikan dengan yang baru dengan syarat hendaklah memaklumkan kepada kami dalam masa 12 jam selepas barang diterima. Anda perlu mengepos semula barangan kepada kami terlebih dahulu dengan memberi tracking number Pos Laju.
Selepas pengesahan, kami akan menghantar semula yang baru. Bagaimanapun, kes seperti kerosakan lens dan bingkai jarang berlaku kerana kami telah membuat pemeriksaan terlebih dahulu sebelum membuat penghantaran didalam kotak yang keras dan selamat.
Bolehkah sekiranya saya ingin menukar saiz setelah barangan diterima?
Ya, boleh..tetapi anda perlu membayar RM10 bersama barang yang hendak dikembalikan sebagai kos penghantaran Pos Laju dan pembungkusan dari pihak kami.
Bolehkah saya menukar kepada model lain selepas barangan diterima?
Maaf, kami tidak dapat membenarkan pertukaran tersebut.
Adakah barangan jualan akan menjejaskan penglihatan ataupun akan mengakibatkan sakit kepala apabila memakai terlalu lama seperti kebanyakan di pasar malam?
Tidak. Cermin mata yang kami jual mengandungi lapisan penghalang sinar UV yang melindungi retina mata daripada rosak. Retina mata yang terdedah pada sinar UV inilah yang menyebabkan sakit mata dan kepala.
Berapakah nilai penghalang UV yang ada pada lens?
Nilai lapisan UV pada lens adalah 400UV Protection iaitu sama dengan yang ada pada lens Original. Ini bermakna kualiti lens adalah sama 100% dengan Original lens.
Kenapa Ray Ban yang dijual di pasar malam hanya berharga RM10?
Ray Ban yang dijual di pasar malam adalah Ray Ban murah yang tidak mempunyai kualiti gred. Lens yang hanya dibuat dari plastik keras dan tidak mempunyai UV protection yang boleh menyebabkan sakit kepala jika pakai terlalu lama. Walaupun terdapat sticker yang mengatakan ada perlindungan UV, tetapi jika diuji di bawah mesin sinar UV Detection, ia sebenarnya tidak mempunyai UV protection sama sekali. Pemakai juga boleh menghadapi risiko untuk mendapat penyakit kanser.
Apakah perbezaan cermin mata Ray Ban replika antara gred 3A dan gred 5A?
Ray Ban replika gred 3A dalam kategori 90% hampir sama dengan Ray Ban authentic dari segi material untuk frame dan lens. Ciri-ciri markings asal Ray Ban seperti di arms dan bridge Ray Ban dan juga pada lens Ray Ban tersebut. Tetapi bagi aspek ketelitian Ray Ban gred 3A masih kurang.
Ray Ban replika gred 5A pula dalam kategori ini 99-100% hampir sama dengan Ray Ban authentic dari segi material untuk frame dan lens, ciri-ciri markings asal Ray Ban dan juga rasa pakainya. Jika dibandingkan dengan Ray Ban yang dijual di kedai-kedai Optikal di Malaysia, ianya kelihatan sama dari segi fizikal dan kualiti. Kualiti Ray Ban kategori ini dijamin memuaskan hati si pemakai.